Thursday, January 6, 2011

angan-angan.

selalu aku khabarkan kepadanya
pasti anak perempuan kita macam kau.
tidurnya mahu dibelai, mahu dipinjamkan peha dan dinyanyikan sesuatu.
dan pastinya anak lelaki kita macam aku seperti yang kau ketawakan.
tidurnya mahu terkejut-kejut, mahu di pinjamkan tangan untuk menepuk.
itulah kita bila di dalam ruangan kereta viva.sempit dan sejuk.
aku rindu kau.








*kami tidak melakukan sebarg maksiat. dan kami tidak akan melakukan sebelum kahwin.

Wednesday, January 5, 2011

waraskah manusia lorat

Kata mereka yang lebih tua, 
mata kadang baik melihat, mulut kadang jahat berkata.
Ada juga mereka berkata,
mata kadang jahat, mulut kadang baik.
Memang menjadi warita keadaan masa kini,
apa yang dilihat itu yang diherdikan tanpa mengunakan waras.
Nampak sahaja itu salah ini salah.
Seolah-olah dia betul di dunia.
apa yang terpaksa di harungi memang apa yang seseorang itu akan rasakan.
perjalanan hidup yang kemas di cemari dengan kata-kata jatuh segelintir makhluk kurang waras.
tapi, kenapa? 
manusia yang kurang waras ini tidak suka berdiam?
terlalu mencari  dan suka memberi jawapan tetang apa yang kononnya salah ini.
apa yang mereka cari dalam susunan kehidupan mereka? 
penawar terhadap itu ada di akal fikiran masing-masing.
bukankah lebih senang berdiam dan menutup kain sendiri?




*senyum. 
manusia tidak sempurna