Monday, August 30, 2010

hidup liku-liku

liku-liku yang pelbagai.
setelah 18 tahun.
berdiri tapi belum berdikari.
mencuba tapi merana.
cuba berdiam jiwa mengamuk.

dalam usia 18 tahun.
macam-macam liku yang pernah berjumpa
pahit.perit masam masin manis.
semua ada.
semua ada kebaikan ada juga keburukan.
biasalah.dunia.macam-macam rupa ada.
lonjong,bulat.bujur.segitiga.besar pendek
dihiasi pula dengan pelbagai warna.
merah kuning hijau biru putih hitam
semua sempurna.

pernah bertanya kepada orang.
AWAK SAYANG SAYA?
di balas SAYANG.
tak sedar yang dibelakang  dia hanya pembohong besar.
ataupun perasan sayang dah menebal dalam hati kita.


pernah kita dicaci,dihina,dimaki.
apa yang kita buat senyum dan angkat kaki jalan.


pernah kita ketawa bersama rakan-rakan.
apabila susah.pelbagai alasan yang kita jumpa.



ini semua jalan hidup berliku yang kita hadapi kat dunia ini.
hati-hati bila berada di dunia.
jangan silap langkah nescaya binasalah kita.


*tak tahu aku apa yang aku tulis

Friday, August 27, 2010

kebudakan hingusan

dalam sebuah bilik yang agak bersepah.
tetapi baginya itu istana yang dia miliki sekarang.
seorang anak yang bernama remaja.
tetapi hanya pada nama sahaja remaja itu.
hakikat sebenarnya dia hanya budak hingusan yang kurang mendapat perhatian.
tidak kira dari sesiapa.
kawan-kawan.
kawan kepada kawan-kawan.
terutama sekali kawan  wanita atau anak gadis dari setiap pelusuk negeri.
dia berasa gah,bangga dan terasa sangatlah kacak di mata kaum hawa.
dia akan berkata,`YEAH!ORANG TENGOK AKU GANAS!
asyik-asyik dia menarik mata anak gadis yang memandang dia dan berkata
`WOW!GANASNYA DIAAA.
tetapi dia tidak sedar di dunia sekarang.
hanya orang berilmu  sahaja yang boleh hidup senang.
di tambah pulak dengan orang yang rajin berusaha walaupun ilmu setakat SMK sahaja.
dia tidak ada kerajinan.dalam kepalanya sudah bemain.
MAK BAPAK AKU BANYAK DUIT!APA ADA HAL.
tetapi dia tidak sedar pula bagaimana tanggapan orang yang memandang dia.
nak rasa hina tak terludah.
nak di caci tidak larat kaki.
terpaksa cakap berlakang-belakang.
bagi kawan-kawan yang terapat sekali dengan dia.
sudah naik bosan dengan perangai macam bagus dia.
nak diikut kepala dia.orang macam pencacai angkat sampah dibuat.
kawan yang terapat seolah mati kutu.
di campakkan parang mak terasa.
di tusuk dengan pisau bapa terasa.
jadi kawan-kawan hanya berdiam diri sahaja.
bersabar hingga hari kiamat.

hai lah budak hingusan.
berubahlah.selagi masa boleh.
umur baru setahun jagung.
fikir tentang terbaik untuk diri ya.
jangan nanti jatuh terjelupuk.
hingusan yang ganas itu menangiss.
masa itu kawan-kawan hanya pandang dan berkata
KESIAN....

*berdasrkan kisah benar kehidupan berkawan

Wednesday, August 18, 2010

teriak

terharu dengan keindahan kampung yang dari kecil aku berada disitu.
bapak-bapaknya yang ramah ceria serta hormat satu sama lain.
ibu-ibunya besatu membimbing anak ke jalan yang benar.
anak-anaknya yang bersama bergembira bersama bagaikan saudara.
tradisi yang amat dititik beratkan dipenuhi dengan bangganya.
agama sentiasa didahulukan
kesukanan melayu seperti sepak takraw tanpa putus dapat sambutan.
aktiviti gotong royong menceriakan suasana.
perlakuan penduduk boleh di ibaratkan bagai aur dengan tebing.
sehinggalah aku tidak pernah mendengar masalah sosial di kampung yang ratusan tahun ini.
dari zaman dato nenek moyang kami sehinggalah kami.
aku bangga menjadi penghuninya.

*gambar diambil pada larian obor sukan sukma

Tuesday, August 17, 2010

tersirat dalam tersurat

jalan yang selalu di susuri semakin semak.
mata yang memerhatikan jalan pun semakin kabur.
kaki yang menjadi tunjang kepada perjalanan semakin lenguh.
apa boleh buat,jiwa dah tua.
tengok sekeliling semuanya tak betul.
sana dan sini penuh dengan masalah.
sebenarnya,
jalan itu tak semak.
dia yang membuat semak.
mata itu tak kabur.
tapi dia yang buat-buat kabur.
kaki itu tak lenguh.
tapi dia yang pemalas.
hanya memikirkan untuk terbaik kepada diri orang lain.
diri sendiri teperosok.
masa depan yang terhidang depan mata.
kaburkan mata.
pergi tolong orang yang ada masa depan.
janganlah berkata.
tak dapat dielakkan,alasan.
takkanlah orang tak paham.
takkanlah dia pun buta tuli.
dulu jalan yang semak itu penuh keceriaan.
bermacam-macam.
sepak teranjang pun ketawa.
hendak dihentak dengan parang dan dilibaskan dengan pisau.
hanya sedekahkan senyuman.
sekarang tidak lagi.
pisau atau parang itu tak dapat menebas semak-semak.
hanya beringat ya sahabat.
kita ada tuhan.sekali-sekala kita kena pergi mengadap dia.
jangan hanya memikirkan dunia sahaja.
perlukan bantuan dia.
tadah tangan,lapangkan dada,sejukkan hati.
mememohon bantuan yang Maha Esa.

*berdasarkan kepada teman ku

Sunday, August 8, 2010

dulu dan sekarang

inilah warita dunia masa kini.

melihat alam bergegar seperti menyampaikan ketidakpuas hatinya.
kehidupan dulu lebih sempurna dari sekarang.
berdasarkan cerita-cerita lampau dari orang yang berpengalaman.
kini susah melihat orang yang betul-betul susah.
makan ubi kayu.minum air hujan.susah.



*diam


sekarang,orang tua yang kononya kutuk itu penunjuk jalan bagi sesiapa.
anak-anak muda.berfoya-foya di ruang legar dan sebagainya.
melihat dengan itu.orang-orang tua disisihkan.
kasihan.
mengapa begitu?
hanya kerana generasi muda seangkatan 2010.
memandang budi itu kejahatan.
dan kejahilan itu sahabat.
melihat di pasaraya.
anak-anak muda perkasa.berpeleseran.
bergaul.lelaki sesama perempuan.tanpa segan silu mendedahkan aurat yang patut di tutup.
sudut yang sama.terlihat anak muda yang terkinja-kinja berjoget.
bagi mendapatkan perhatian kawan-kawan.
yang si tua hanya berdiam
lihat
dan takut untuk menegur.
takut ditempelak oleh generasi yang agak kuat tulangnya membanting.
semua takut untuk memberi kebaikan
bagi yang si muda.hanya tahu keseronokkan tanpa mengenal agama.
akibatnya?
banyak berlaku seks bebas.
seterusnya anak menjadi di dalam tunas rahim maknya itu
di buang.macam sampah.
sudahlah berdosa berzina.di tambah pula dengan dosa membunuh.
hilang akal?ke tidak waras?
yang menjadi persoalan.

SALAH SIAPA?