Sunday, October 16, 2011

sejarah

"we do not needs weapons to dominate the world. blends well with our voice. we will dominate the world "


ayat yang paling bernas otak aku keluarkan pada 1: 20 am pada hari isnin tanggal 17 october2011.

Thursday, October 13, 2011

kiri kanan

perit rasanya.
setiap angka perkataan situasi berubah.
perahan tintah melekat dengan apa  yang dicanai.
kononnya.
semua dewasa.
tipu keseluruhannya.
kita memang sudah terbiasa.
pandang langit lupa bumi.
gapai pelepah lupa akar.
itu manusia kita.
dan adanya.
fikir diri itu dewa sempurna.
sempurna dari semua segi.
seratus peratus.
sampai sanggup mengaibkan.
ini cuma pandangan.
cuma satu permainan yang bermain selalu di anak mata.
makin lama makin rimas.
yang kini sendirian itu peneman.
waktu lahir dulu bukan kita tiada kawan.
dalam perut ibu.
kita seorang saja. dalam dunia
apa yang tak boleh?
subahanallah.

Tuesday, October 11, 2011

tipu

panahan pujaan
tipu.
kawan sehidup semati.
tipu.
kekasih berenang lautan api.
tipu.
ambil berat sangat.
tipu.

panahan cinta.
separuh tipu, separuh betul.
kawan dunia bawa ke akhirat.
betul.
kekasih akhir.
betul.
ambil berat lepas itu "pergi mampuslah"
betul.

selalu yang diputarkan alam.
selalu yang alam putarkan.
penting diri itu biasa.
semua penting diri.
penipuan mainan mulut.
mulut suka akan penipuan.
kata nak tinggal.
tapi bersama.
di tabur janji di beri harap satu lori untuk hantar ke laut
bayangkan itu baru satu lori.
yang berlaut itu?
bila kata 'ok aku akan tinggalkan'
janji dalam borak orang.
yang terkontang aku.
yang terkanting aku.
yang tergembira kau.
yang tersenyum kau dan aku.
hati kau hidup.
hati aku mati.
jiwa kau pesta.
jiwa aku murung.
datang pula lalat mengada
hingga untuk cari publisiti.
aku rasa kau salah sorang hipokrit.
di tabur benih. lepas itu kau siram racun.
jadi mati aku disini.
terima kasih. 

Sunday, October 9, 2011

terang tukar mendung

kehidupan yang tidak normal :

  • pengkhiatan cinta
  • pengkhianat sahabat.
  • dipinggir atau sisihan
  • kekurangan wang kertas
  • gangguan emosi
dalam diam diam.
dengar saja halwa telinga.
tiba-tiba emosi berubah cuaca.
selalu jadi macam ini.
walaupun tak ada benda mengusik.
apa yang tak kena pun tak dapat disiasat.
tiba-tiba saja emosi.
kenapa selalu kena macam ini?

Wednesday, October 5, 2011

masa untuk depan kita.

pecahan otak, koma , noktah dan tanda tanya.
sejak azali. kenal siapa ABC.
sebab itu pandai menulis.
dicampur dengan 123 untuk ramuan senang bermuka bumi.
dibahagi pula dengan kekuatan moral.
resepinya ialah alif, Ba, Ta.
ini tidak akan lenyap dalam otak kita semua.
ini semua masa depan.
cuma cara kita mencorak.
corakkanlah ABC, 123, Alif Ba Ta.
semua milik kita.

adil?

ketika ini mata sedang mermerhati papan kekunci.
diselang dijenguk ke paparan skrin yang terpancar cahaya.
tangan berlumba lumba menekan perkataan.
firasat membentak menyatakan memang sesuai untuk membicarakan sesuatu sekarang.
apa yang dibicara ini bukanlah cerita tentang
  1. kaum hawa
  2. teman-teman
  3. kaum keluarga/ sanak saudara
  4. kertas dunia
  5. matahari/ bulan
  6. usia 
tetapi bicara ini lebih mengetengahkan apa yang baru dilakukan sebentar tadi
kerja, amali, teliti, puas hati, sakit jiwa, masalah.
ya. memang sesuai masa sekarang masa yang tepat untuk mencari ilmu.
tetapi, kenapa perlu diterapkan latihan? 
bukankah itu satu bebanan yang boleh menjelmakan tekanan?
kenapa didalam dunia mencari ilmu ini terlalu berat?
seplastik latihan perlu diterapkan dan terus menjadi bebabn. mungkin latihannya seplastik
tetapi tekananya berguni.
kenapa susah cari masa depan.