Friday, October 15, 2010

satu permintaan dari aku

aku memang terlalu bodoh.
aku orang tolol.
manusia apa aku tak reti jaga hati orang yang aku sayang.
aku jadi badut yang tak kena tempat.
inilah akibatnya aku,di perlakukan sebegini.
memang padan dengan tingkah laku aku yang membabi buta yang mengangap dunia ini ketawa sahaja.
lihat dengan matalah aku seorang caci hina.
sampah septutnya tempat aku.
aku sukar mendapat berita yang mengalirkan air mata.
tapi aku suka berjenaka seperti sialan si badut-badut.
"hey babi hentikanlah lawak-lawak gurauan kau itu jangan sekali kau tunjukan lagi"
lenyap dalam hati aku bergelak ketawa.
ketika itu seperti aku memuntahkan apa yang menjadi personaliti aku.
aku terduduk,
aku menyaksikan langit aku hitam.
ketika itu aku berubah menjadi seperti hamba meminta keredhaan tuannya.
aku cuma mahu memohon beribuan ampun dan berjuta kemaafan.
di atas kedaifan lawakkan aku.
itu satu permintaan aku.
dan aku berharap dapat dilaksanakan
sebelum tak sempat aku memohon keampunan.
kerana,bila-bila,bagaimana.dan di mana.
roh boleh keluar dari badan kita.
aku takut tidak sempat.
SATU PERMINTAAN AKU.

Tuesday, October 12, 2010

buka mata untuk bintang dan hujan dilangit

sebelum hujan. aku pandang bintang. lama aku pandang.
berkelip-kelip, lama lagi lama aku perhati.makin malap.
aku kata dalam hati 'kesiankan bintang tu tak dapat terangkan bumi'
selepas aku lama berada di luar,
tak semata-mata aku terbau hujan dan bunyian katak yang berpesta.
aku kata lagi 'tak gelap pun boleh hujan'
apabila puas langit menangis,reda untuk seketika.
tetapi dia menagis kembali,sang katak mengeluarkan bahasa mereka
aku diam seketika
*diam


sama juga dalam hidup yang sering kita wawarkan
berhati-hati,jangan sangka hidup ceria saja.
satu hari pasti kita akan merasa bagaimana terduduk.
yang terang tak semestinya bahagia
yang gelap itu lagi merbahaya.
bila ada perluang.jangan siakan.
apabila boleh di bawak berbincang.
buangkan ego lenyapkan api panas baran.
dengan itu orang memlih darjat yang teragung untuk kita.
untuk apa tunjuk kemegahan.kekuatan?
hendak orang pandang?
najislah itu semua.
bukankah lagi mulia kita berbahas secara aman dengan tutur kata yang lembut.
ini bukan tempat berperang.
bukan tempat kita mengejar keduniaan.
perkara yang terbaik.ialah satu kemuliaan.
buka mata.tengok jalan.
jadi diri sendiri.bukan cuba tiru orang.
berhati-hati jangan sampai termain jiwa untuk ke jalan itu.
umpama bintang tadi,
kita bukan selalu boleh menerangi orang lain.
biarkan dia berjalan ke laluan yang selagi betul.
jika salah jalannya.senyum dan berkata dengan lembut.
tidak perlu ada kelengkapan senjata berjuta-juta harganya.
jika terlalu semak.fikirkan balik pesanan.
cuba buka mata.


*berdasar pengalaman berkawan

Tuesday, October 5, 2010

perjanjian dunia part 2

kita bukan orang,orang bukan kita.
kita diajar dari permulaan beradap.
disimpulkan dengan istilah berhati-hati dengan orang.
apabila menjelma keserlahan tanduknya berdiam kaku,
apabila betul-betul ikhlas itu perlu kita jaga.
bukan untuk nama,
tetapi pandangan orang kepada kita
kadang-kadang perlu ditekup muka dengan kedua belah tapak tangan
menagis.tersedu-sedu.biarkan,
itu pengalaman kita.
kata-kata pengalaman mengajar kita itu betul kehendaknya.
biar kita hina.biar orang kata apa.
dunia ini milik semua.takda apa yang sempurna.
mungkin pernah dulu kita pernah diajar oleh ayahbonda berbudi kepada orang.
memang adat hidup di dunia.
mengharap dahulu baru membalas.
jadi tak perlu kita menunggu apa yang mustahil,
cuma lakukan apa kerja kita.
apa yang terbaik.
jaga tingkah laku,jangan sampai berulang kali terjadi masalah dunia.
*diam

cara kita orang timur
tergurau adatnya cepat tersinggung.
tapi susah nak mengerti apa yang murni.
gayakan lagi corak sendiri.
itu cara seharian bertubi-tubi kita lakukan seumur hidup,
pedulikan sejuta wajah yang sibuk melaungkan ketidak puasan.
kita tak kacau periuk nasik mereka.
bahkan kita tidak mencincang apa itu kekuatan mereka,
apa yang mereka lakukan terpulang.
itu perlakuan mereka.
kata seperti PERGI MATI SAMA ORANG!
JANJI HATI SENANG!
memang satu kenyataan yang ikhlas
*senyum sinis

*pesanan dari aku samapah

keadaan semasa kepala

pertimbangan akal aku semakin kusut,
serba tak kena.serabut wayar-wayar dalam otak aku.
memang menjadi karma hidup.
setiap kesenangan mesti ada kesukarannya.
mesti tampan bersama cantiknya.
tapi warita yang mungkin wujud apabila satu dari kita beria-ria melaungkan.
kerana mereka tidak sedap memandang.
rajuk aku pada dunia yang mungkin kejam ini adalah satu rajukkan yang benar.
cuba aku cerdikkan fikiran yang matang.
tapi tidak boleh,
cuba mengasingkan diri.
tapi dicari-cari.pasti akan satu hari nanti aku akan dengar suara sinis apabila hilang.
bila muncul buat endah tak endah.
sumpah aku kata,layanan sampah di cemari bauan taik yang aku dapat.
metafora aku meletus-letus berkata macamana ni.
aku cuma mahu sedikit penghargaan seperti orang yang seangkatan dengan aku.
bila aku dapat itu aku mahukan sedikit penghormatan dari yang dia anggap aku abang.
apa mereka nak buat mereka punya pasal.
janji aku tak campur hal korang.
bagi aku teman setia aku ibu,ayah dan teman istimewa yang tinggi darjat mereka kepada aku,
kotak hati aku meletus pun dorang dapat tangkap.
campak-campak dengan air bagi letusan kotak hati itu sejuk.
aku berbangga ada mereka

Sunday, October 3, 2010

pesanan dari si pencacai yang kurang dalam hidupnya.

bagi penanda ini betul untuk pengguna.berbeza dengan hidup,kita perlu cari sendir tanda arah hidup.
susah nak di jangka masa depan yang akan datang. 
jadi siapkan diri sekuatnya untuk menghadapi masa yang akan datang.
jangan kita lupa dan leka.
sekali hilang, masa itu tak akan berada di depan lagi hanya akan berada di belakang dan menyaksikan kegagalan kita dalam kehidupan.
masa itu baru kita fikir.
bertapa susahnya hidup didunia.
akan tetapi kita perlu ingat.selagi ada hayat.
tulang kian kuat.
urat belum putus.
ada rezeki yang mencurah di dunia ini.
gagal sekali bukan selama-lamanya kita berada di bawah.kuatkan semangat rempuh pelbagai halangan yang menjala.
pastikan nawaitu kita tepat dan betul.
perdulikan kata orang.
buat ikut acuan masing-masing.
mulut orang mana pernah berpuas hati.
lama kelamaan mereka akan diam.
janji kita jangan kacau orang.