Thursday, February 17, 2011

aku rindu saat itu.

aku rindukan semua yang jadi.
tapi paling aku rindu masa lampau aku.
perangai yang meracau, gigal semua ada.
tapi bila sampai bab demam. haiihhh.

*senyum.

aku rindukan bila demam aku
dapat tidur bersama ibu.
saat itu, ibu tidurnya tak tenteram.
1 jam sekali mesti bangun tuam seluruh badan aku.
dia juga orang yang bertanggungjawab apabila mulut aku memanggil ibu.
ya! aku ketika kecil bila demam teruk aku akan menyebut ibu sahaja.
ibu juga bertanggungjawab kejut aku setiap jam 3 4 pagi untuk menelan ubat besar gedabak itu.
masa kecil aku takut nak makan ubat pil. 
nampak macam raksasa besar dan pahitnya.


*sengih

aku rindukan bila demam aku.
menjadi teruk panasnya.
ayah akan memakaikan aku baju sejuk.
hidupkan enjin keretanya.
dukung aku masuk dalam kereta
terus meluncur laju memecah kesunyian malam dan sampai ke klinik 24 jam.
pada masa itu aku jumpa tuan doktor.
dia akan menyegarkan aku dengan pemberian gula-gula.
itulah ayah aku.garangnya tak bertempat.
tetapi sanggup ganggu waktu tidurnya untuk aku




ini cerita benar.jujur sumpah lillahi taala. aku rindu situasi di atas. sekarang aku sudah besar dan mengikut norma manusia. aku berjanji dengan Allah s.w.t yang aku akan membalas semua jasa mereka bila mereka menghampiri usia emas. aku sentiasa berdoa untuk mereka dan aku laparkan doa mereka untuk aku.
akan aku balas jasa ibu dan ayah.

Monday, February 14, 2011

ketika ini aku sakit

memang kenyataan semua.
susah nak mengabungkan ideologi manusia sesama manusia.
mungkin cara lain tak sama dengan cara yang itu.
pasti akan ada pencagahan.
semua perilaku pasti ada salah dan betulnya.
terkadang kita senang menerima apa yang disampaikan.
terkadang pula orang susah menerima apa yang kita sampaikan.
memang itu syarat dunia.
orang tak akan puas dengan apa yang kita keluarkan.
jujur aku tak bohong.
keluarga pun tak terkecuali.
rakan sudah bertahun pun tak akan faham.
ada yang mencari perhatian.
ada yang besar.
ada yang berprotokol.
ada yang kurang sabarnya.
ada emosinya tiba-tiba.
ada juga yang orang mahu pandangnya mewah.
senang aku bercakap.
itu semua bohong.semua permainan dunia.
satu pun aku tak percaya lebih dari 70% di alam ini.
ya! memang aku prejudis dan aku kurangnya konsep hidup.
tapi aku ada pegangan hidup. tetapi semuanya anggap sampah.
biasa! orang bongkak dengan dirinya sendiri.
itulah dia.
satu-satunya pengangan aku di campak terus ke tanah dan terus di tanam.
sehingga aku tidak punyai kuasa.
KERANA AKU TIDAK PUNYAI WANG!
itu lagi satu dunia yang kita nampak dekat mata.
ya! aku anak orang sederhana. ayah kerja kerajaan.
sebab itu aku tiada kuasa berkata.



perdulikan apa yang aku prkatakan di atas. aku demam dan aku tak tahu apa aku bebelkan.

Tuesday, February 1, 2011

air dicincang takan putus

mula-mula lain cakapnya.
bawa ke jalan lurus elakkan kepincangan.
bila sudah pandu lain pula cakapnya.
kalau dah depan depan itu khabarkan.
baru org nampak jalan itu terang.
buat apa simpan sampai orang sendiri yang tahu.
takkan aib diri sendiri.
semuanya manusiakan.ada akal dan ada otak kiri dan kanannya.
apa yang ditimbulkan pulisiti yang agak murah itu.
cuba khabarkan biar orang terus terang faham.
ini sindir meyindir kata mengata belakang badan orang.
cubalah jangan jadi anak-anak sangat.
fikir dan selesaikan dengan cara orang matang.
nabi dulu pun muzakarah nak selesaikan masalah.
kan lebih elok bincang. pasti ada penyelesaian.
bukannya buat semua makhluk sekeliling sakit hati dengan sentimen hodoh itu.
mungkin tak perasan perilaku itu menunjukkan identiti diri.
senyum  :)
INI BARU DIKATAKAN AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.