Thursday, December 23, 2010

sudah berminat dengan subjek konsep dan idea

KONSEP NEGARA MODEN
                Apa yang saya mahukan di negara saya Malaysia? Sekarang ini Malaysia juga merupakan persaing utama dalam bergelar negara moden di mata dunia. Namun, dalam arus pembangunan dan kemajuan, Malaysia juga mempunyai kelemahan atau kekurangan dalam pelbagai aspek. Justeru, sebagai salah seorang rakyat Malaysia saya mengindamkan negara Malaysia yang saya mahukan. Yang pertama, saya menginginkan para pemimpin di Malaysia ini bersikap adil, jujur, sentiasa bersama rakyat dan mengelakkan pengambilan rasuah untuk penyelewengan. Ini kerana sifat yang di tunjukkan oleh para pemimpin negara ini merupakan tunjang kepada pembangunan dan menyerlahkan lagi Malaysia sebagai negara islam yang maju. Selain itu, contoh yang di tunjukkan oleh para pemimpin dapat menjadi contoh kepada rakyat terutamanya golongan belia.
                Yang kedua, saya mahukan negara Malaysia yang mengamalkan kehidupan moden seperti negara-negara maju seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat. Kehidupan moden yang di tekankan disini adalah dengan memantapkan lagi pemikiran rakyat dalam sebuah organisasi masyarakat. Kebanyakkan masyarakat Malaysia  masih ditakuk pemikiran yang lama. Mereka tidak mengamalkan kehidupan seharian yang moden seperti negara-negara yang di rujuk. Bagi saya mereka wajib mengubah cara pemikiran mereka jika hendak mencapai status negara maju.
                 Selain itu, apa yang saya idamkan lagi ialah kerajaan menyediakan dasar ekonomi yang menyeluruh dan tidak membebankan rakyat. Hal ini penting kerana, sebagai sebuah negara kerajaan haruslah menitikberatkan kebajikan rakyat di tahap yang terbaik. Ekonomi merupakan satu elemen yang penting bagi mengukuhkan lagi kestabilan negara di dunia. Malaysia memerlukan satu perubahan radikal dengan segera dalam pendekatan Malaysia supaya pembangunan ekonomi akan terus mantap dan dapat dinikmati oleh rakyat seterusnya membolehkan negara menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Hal ini sudah berlaku di Malaysia apabila perdana menteri Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak memperkenalkan satu kaedah iaitu Program transformasi ekonomi (PTE). Dengan keadaan ekonomi yang agak lembab sekarang, program ini bermanfaat untuk menangkis kelembapan ekonomi sejak kemerosotan ekonomi pada tahun 1997-1998 di Asia Tenggara.

               Selepas menyediakan dasar ekonomi yang utuh. Penyelarasan struktur perkhidmatan pengangkutan awam juga harus di pertingkatkan. Situasi ini telah terbukti di peringkat dunia apabila sistem pengangkutan yang teratur dan selesa dapat membantu menjana kemakmuran ekonomi negara. Ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan rakyat lebih cenderung mengunakan perkhidmatan awam berbanding kenderaan persendirian. Salah satu daripadanya ialah kenaikkan harga minyak dunia. Justeru, semakin ramai rakyat yang keluar bekerja mahukan sistem pengangkutan awam yang tahap bertaraf dunia dan efektif.  Aliran trasit ringan (LRT) menjadi sistem pengangkutan penduduk Kuala Lumpur yang termudah. Tetapi terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada sistem tren itu. Tren tidak sampai pada waktunya dan kesesakan dalam tern pada waktu puncak merupakan masalah yang selalu dilalui rakyat setiap hari. Justeru, kerajaan haruslah mengambil inisiatif menambah lagi bilangan tren di ibukota.
                 Saya juga selalu berimaginasi dengan di Malaysia ini bebas membuat apa yang rakyat mahukan. Bebas yang di maksudkan diatas ialah rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk membuat kerja harian yang tidak bergantung kepada undang-undang selagi mereka tidak melakukan jenayah. Saya peminat bola sepak kebangsaan negara saya Malaysia. Saya selalu berangan untuk menyarung jersi kebangsaan tanpa memerlukan saringan. Saya juga mahukan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang kuat dan di geruni di mata dunia. Pasukan bola sepak ini mempunyai kesemua pemain yang luar biasa seperti kelajuaan mereka berlari dan kekuatan mereka menyepak bola. Yang terakhir sekali saya  mahukan kerajaan memberi setiap satu keluarga di Malaysia ini permainan video seperti sony ‘Playstation  3’ kepada anak-anak mereka. Ini sebagai satu inisiatif supaya anak-anak di negara ini untuk tidak keluar malam dan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah.
               Apa yang saya idamkan ini saya berharap akan menjadi sesuatu yang realiti pada suatu hari nanti. Selepas itu kita akan melihat keadaan Malaysia yang aman makmur, kaya dan kurangnya masalah sosial dalam Malaysia.
                   

*essay pertama

Friday, December 17, 2010

sesuai untuk gelabah

satu mahkluk yang sangat memeningkan kepala semua orang,
perilakuannya yang seperti mahu orang memandang sadis kepadanya.
bila dia akan berubah?
apabila terus terangan bila ada orang menyatakan kejelekannya itu.
mungkin memang itu satu tabiatnya.
membuka pekung di dada sendiri.
mendedahkan dan mahukan orang berkata 'lah kesianya dia'.
objektif pencarian perhatianya sangat mudah.
di sebabkan lelaki. lelaki dan lelaki.
apa itu memang perangai sejak lahirnya dia?
apa lagi yang dia tak puas dalam dalam hidupnya?
bagi orang sekeliling.masalah itu bingkisan sampah sahaja.
dia yang membuat diri dia menjadi rumit.
dan seterusnya mencari perhatian orang.
apa lagi yang manusia nampak.
terlalu cepat berkata pujangga seperti romeo dan juliet.
apakah?
sesuatu yang sukar diterima orang sekelilingnya.
dan orang sekelilingnya pun seperti malas menegur pasal dia.
selepas itu dia akan berkata:
"aku belum cukup kuat. aku masih lemah untuk semua ini"
dan orang sekeliling akan berkata dibenak hati.
AYAT ORANG SAMPAH!
satu kepastian apabila dia yang sendiri tak berpijak pada bumi yang nyata dan terbang sendiri di awangan
memang juga menjadi satu kemestian untuk dia untuk mengeluarkan air mata palsunya untuk orang nampak.
secara ayat kerasnya. menyemakkan mata manusia yang memandang.
tetapi.
ada satu kumpulan manusia yang suka berketerampilan yang terlalu girang datang membantu.
kumpulan ini hanya menunjukkan jalan sahaja.
masalah yang terbit dari pandangan mata mereka ialah. BUDAK ITU TAK FAHAM.
ouh.tak apa manusia buat silap dan susah hendak mengerti.
tetapi yang diberikan adalah satu kepahitan seperti tahi yang busuk baunya.
pastinya.
satu hari nanti dia akan mengerti.
dan ada seseorang lelaki yang betul-betul gagah dan tegas untuk dia.
budak.sedarlah.orang di sekeliling kau akan mengata buruk pasal kau.
sedarlah. besar pun sudah. apa lagi yang tak cukup. lebih baik kau berdiam atau jari aku yang akan menyalak seperti ini.


*untuk dan sesiapa.terasa. jangan dicaci

Friday, December 10, 2010

RANAP


1 bertambah 2
kini 3 bertambah 4.
apa yang di utarakan.
tarikan yang ada di kulit penulisan ini.
yang sempurna tidak mereka yang karut-karut
apa yang ada di dalamnya?
belum pasti.
kerana kiri dan kanan tangan belum bertemu ranap itu sendiri.
mata meliar apabila melihat teman-teman yang lain sudah khatam dengannya.
sesekali anak-anak mata meliar mencari di pustaka buku.
jiwa selalunya bersemangat mencari.
tetapi selalu pusing hampa.
sehinggakan nyonya pustaka memerhatikan.
dan kepala otaknya memikirkan ada benda yang tak elok akan dilakukan.
perahan dilema semakin memuncak apabila susah mencari.
akhirnya,
jalan pintas diterima apabila khabaran tuan ranap itu ada berhampiran tidak lama lagi.
gejolak gembira seperti apa yang selalu mereka-mereka agungkan penampilan orang luar membuat sesuatu untuk mereka disini.
lalu teman seangkatan di ajak teman untuk bersua dengan tuan ranap.
apa yang pasti.hari itu akan tiba.
pasti kami mengira hari untuk bersua dan mendapatkannya.
jika tidak.seperti di acukan pistol ke kepala dan di sengajakan menarik picu.