Sunday, October 16, 2011

sejarah

"we do not needs weapons to dominate the world. blends well with our voice. we will dominate the world "


ayat yang paling bernas otak aku keluarkan pada 1: 20 am pada hari isnin tanggal 17 october2011.

Thursday, October 13, 2011

kiri kanan

perit rasanya.
setiap angka perkataan situasi berubah.
perahan tintah melekat dengan apa  yang dicanai.
kononnya.
semua dewasa.
tipu keseluruhannya.
kita memang sudah terbiasa.
pandang langit lupa bumi.
gapai pelepah lupa akar.
itu manusia kita.
dan adanya.
fikir diri itu dewa sempurna.
sempurna dari semua segi.
seratus peratus.
sampai sanggup mengaibkan.
ini cuma pandangan.
cuma satu permainan yang bermain selalu di anak mata.
makin lama makin rimas.
yang kini sendirian itu peneman.
waktu lahir dulu bukan kita tiada kawan.
dalam perut ibu.
kita seorang saja. dalam dunia
apa yang tak boleh?
subahanallah.

Tuesday, October 11, 2011

tipu

panahan pujaan
tipu.
kawan sehidup semati.
tipu.
kekasih berenang lautan api.
tipu.
ambil berat sangat.
tipu.

panahan cinta.
separuh tipu, separuh betul.
kawan dunia bawa ke akhirat.
betul.
kekasih akhir.
betul.
ambil berat lepas itu "pergi mampuslah"
betul.

selalu yang diputarkan alam.
selalu yang alam putarkan.
penting diri itu biasa.
semua penting diri.
penipuan mainan mulut.
mulut suka akan penipuan.
kata nak tinggal.
tapi bersama.
di tabur janji di beri harap satu lori untuk hantar ke laut
bayangkan itu baru satu lori.
yang berlaut itu?
bila kata 'ok aku akan tinggalkan'
janji dalam borak orang.
yang terkontang aku.
yang terkanting aku.
yang tergembira kau.
yang tersenyum kau dan aku.
hati kau hidup.
hati aku mati.
jiwa kau pesta.
jiwa aku murung.
datang pula lalat mengada
hingga untuk cari publisiti.
aku rasa kau salah sorang hipokrit.
di tabur benih. lepas itu kau siram racun.
jadi mati aku disini.
terima kasih. 

Sunday, October 9, 2011

terang tukar mendung

kehidupan yang tidak normal :

  • pengkhiatan cinta
  • pengkhianat sahabat.
  • dipinggir atau sisihan
  • kekurangan wang kertas
  • gangguan emosi
dalam diam diam.
dengar saja halwa telinga.
tiba-tiba emosi berubah cuaca.
selalu jadi macam ini.
walaupun tak ada benda mengusik.
apa yang tak kena pun tak dapat disiasat.
tiba-tiba saja emosi.
kenapa selalu kena macam ini?

Wednesday, October 5, 2011

masa untuk depan kita.

pecahan otak, koma , noktah dan tanda tanya.
sejak azali. kenal siapa ABC.
sebab itu pandai menulis.
dicampur dengan 123 untuk ramuan senang bermuka bumi.
dibahagi pula dengan kekuatan moral.
resepinya ialah alif, Ba, Ta.
ini tidak akan lenyap dalam otak kita semua.
ini semua masa depan.
cuma cara kita mencorak.
corakkanlah ABC, 123, Alif Ba Ta.
semua milik kita.

adil?

ketika ini mata sedang mermerhati papan kekunci.
diselang dijenguk ke paparan skrin yang terpancar cahaya.
tangan berlumba lumba menekan perkataan.
firasat membentak menyatakan memang sesuai untuk membicarakan sesuatu sekarang.
apa yang dibicara ini bukanlah cerita tentang
  1. kaum hawa
  2. teman-teman
  3. kaum keluarga/ sanak saudara
  4. kertas dunia
  5. matahari/ bulan
  6. usia 
tetapi bicara ini lebih mengetengahkan apa yang baru dilakukan sebentar tadi
kerja, amali, teliti, puas hati, sakit jiwa, masalah.
ya. memang sesuai masa sekarang masa yang tepat untuk mencari ilmu.
tetapi, kenapa perlu diterapkan latihan? 
bukankah itu satu bebanan yang boleh menjelmakan tekanan?
kenapa didalam dunia mencari ilmu ini terlalu berat?
seplastik latihan perlu diterapkan dan terus menjadi bebabn. mungkin latihannya seplastik
tetapi tekananya berguni.
kenapa susah cari masa depan.


Sunday, September 25, 2011

.

manusia takkan tahu apa aku rasa.
tapi tuhan aku tahu apa aku rasa.

Tuesday, September 6, 2011

perlu kau tahu.

setiap hari sebelum aku tidur.
aku akan berdoa.
yang aku akan bangun jangkau 6 tahun dari sekarang.
supaya aku sudah ada roda empat. aku ada bumbung genting.
yang paling penting aku ada seorang yang aku amanahkan untuk jaga aku dan keluarga aku.
sekarang. aku akan sayang kau. sampai bila-bila.

Sunday, September 4, 2011

kaum manusia


  • fahaman berbeza dengan apa yang di bawa.
  • fikiran logik jadi bahan sampah logistik
  • selalu mencacai benda yang remeh.
  • biasa melakukan sesetengah tanpa mengetengahkan fikir.
  • percantuman tanpa ikut semua
  • pijak benda yang tak nampak.
  • cari setengah jalan.
  • muntah jilat balik
  • pandang atas lupa tanah.
  • lebih borak dari bukti.
  • lepas dalam lubang untuk sendiri.
  • bertelagah untuk jadi raja.
  • turut kata jari tengahh.

Sunday, August 14, 2011

surat untuk matahari

kehadapan matahari terbit.
selepas kau melabuh untuk beradu semalam.
aku dapat melihat ramai manusia yang dunianya kau pancar cahaya.
semua dusta. hipokrit semata.
ramai yang kurang senang kat mata aku.
tapi. kenapa ya??

yang ikhlas.
manusia.

Tuesday, May 17, 2011

helah kawan topeng dua muka.

setelah habis sahaja buang baju putih seluar hijau dulu.
aku dah kawal otak.
aku dah punya kepak. 
punya kukuh pandangan mata.
aku buat semua suka hati.
aku ada permaisuri.
aku ada askar gelak ketawa. 
kononya matang atau kata lain dewasanya dah tiba.
sampai lupa mana aku pijak.
tanah. benda yang takkan habis dalam dunia.
sedalam mana kita gali mesti kita jumpa tanah.
hidayah belum tiba. 
pendirian aku tak cukup kuat. 
banyak lagi pahit yang aku tak rasa.
manis baru setengah inci dalam dunia sahaja aku rasa.
ramai dunia penghuninya benci aku
hingga aku terpaksa mengebalkan diri.
menidakkan apa yang sakit hati apabila mulut orang.
caci, sumpah seranah sampai punah berdarah.
ada yang lagi kejamnya tunjukan berontak dengan aku melalui cara halus.
dan pastinya itu aku dapat rasa dalam kalangan aku sendiri
semuanya dalam dunia aku belum dapat senyum dan salam tangan mereka.
belum lagi.
dan itu bukan samapai tahap aku nak jumpa semua penghuni.
jadi apa yang aku kenali sekarang ini.
tak usahlahlah kau membenci umat sendiri. 
agama sendiri.
tak usah nak menghina orang tak punya apa.
sebab.
tuhan bila-bila masa boleh tindas apa yang kamu punya. 
jijik kan bila aku ada.
baik.
aku lagi suka duduk bukan dalam golongan sehina kau. 
hati serupa binatang bernanah.
kalau kau cakap aku binatang.
aku memang takda apa. 
belum masa lagi aku boleh tunjukkan dengan semua.





Saturday, April 23, 2011

jahil

dari setiap 19 tingkat aku berdiri.
semuanya ada.
pahit dan manis itu perkara biasa.
dari balkoni 19 tingkat aku berdiri.
merenung ke masa yang lampau
setelah akhil balighnya.
bila mula dikira dosanya.
memang terlalu jahil.
sungguh jahil.
sampai bila aku hendak begini.?

* tarik nafas
*diam


bukan apa.
serunya belum cukup sampai lagi.
tapi aku masih beringat aku bertuhan.
titian itu aku dah nampak.
bila hari esok aku berjumpa peluang itu.
pasti akan aku lupakan itu.
pasti satu hari nanti.

Friday, April 22, 2011

bila kertas dunia dirmartabatkan.

tersentak dengan kata.
aku terus kata tak sangka.
ada juga manusia yang mengagungkan kertas dunia dalam kalangan aku.
*senyap


haihhhhh.
memang itu salah satu norma hidup kita sekarang.
tapi tak perlu sampai taksubnya begitu.
sampai menghina orang lain.
mungkin lain orang lain cara perjalanan meniti dunianya.
mungkin hidup yang itu senang.
mungkin hidup yang ini susah.
sudah tertulis oleh tuhan itu sahaja rezekinya.
jadi, tak perlulah dihina sebegitu.
mungkin semak nampak dimatanya
apa yang di bawanya berbumbung berempat tayarnya
apa yang bawahan membawa dua roda buruknya
bila hujan... kuyup
matanya cukup semak dengan orang yang dianggap bawahan.
tiada kertas dunia.
yang diterima hanay caci perli yang makan ke dalam.
sampai bernanah darah hitam keluar semuanya kau hina.

*diam

tetapi tak apa.
dunia dan Allah itu memang adil.
sekali kau menghina. sekali kau terima.
mana nak lari sembunyi lagi dengan takdir qada dan qadar.
berapa banyak mengunung pun kertas dunia kau ada.
mati kau bukan ada saku yang boleh bawa bekal kertas itu.
bukan kau cina mati bawak duit bersama.
sedarlah manusia.
kertas dunia tak membawa apa-apa.
tak boleh beli kawan-kawan dan keluarga.
sampai aku pun hairan.
macamana kau ada dekat dunia?

Thursday, April 21, 2011

bismilahirahmanirahim




setelah berbulan lamanya bertapa.
konon merajuk sampai taknak lagi.
sampai satu hari dah meletup.
aku akan buat ini balik.
tapi kelainan sikit yang ini dari yang lepas.
yang ini akan berkonsep dan idea BERHALUAN KIRI.
maksudnya akan menentang apa yang tak kena depan mata.
semuanya cerita tentang manusia. tidak ada binatang.
sekian.
assalamualaikum.

Thursday, March 24, 2011

catatan terakhir

ya. aku memang menulis tanpa ada makna.
mungkin tangapannya salah tentang apa yang didapatnya.
biasalah manusia.
alpa.iri hati.salah sangka. perkara biasa
tapi yang kadang-kadang tak mengerti.
manusia yang tidak boleh kena kritikan membangun.
bukan itu untuk dia.
seperti di atas. tanggapanya cukup salah.
biasalha. aku ini orang yang penuh cacat cela.
kamu semua orang yang hebat-hebat belaka.
memang orang macam aku menulis orang cakap "tak guna"
memang itu firasat aku.
sampai hati ini dah cukup kecik untuk semua manusia.
berkawan dicanai bermacam. bercinta gagal.
takkan ada orang suka dengan aku.
jadi, mungkin tulisan aku yang terakhir untuk laman ini.
sekian  


*yang benar,
orang yang petah berkata kosong yang tiada membawa makna.

Tuesday, March 22, 2011

awangan..

masa aku kecil.
aku selalu termenung.
aku fikir.macamana hendak naik ke awan.
memang ada pelbagai teknologi.
boleh buat orang naik ke awan.
tapi. bila aku besar.
aku dapat rasakan.
manusia memang boleh ke awangan tanpa menggunakan teknologi.
cuba selidik semua di dunia.
pasti ada sesuatu yang boleh bawa manusia ke awangan.

aku selalu termenung juga masa kecil.
macamana ombak itu berjalan.
dalam fikiran aku.
mungkin ada mesin di hujung laut.
sampai bapa aku kata mana ada hujung laut.
tapi bila aku dah besar.
aku juga dapat rasakan.
manusia akan kenal apa itu ombak dunia.
cuba cari jalan macamana ombak itu berjalan dan rasakan.
pasti manusia akan rasa apa itu ombak dunia.

Monday, March 21, 2011

seangkatan

remaja seangkatan kita sekarang.
berbagai rupa. berbagai ragam.
ada mengejar dunia. ada yang tunjuk hebat.
si dia pencinta wanita
si dia pula pembuat wanita kagum dengan plastiknya itu.
ada juga yang konon hebatnya berdasar ganasnya.
semua ada masa kini.
kalau nak hebahkan satu berita pun tak habis.
*senyum

masing-masing dengan peranannya.

yang kerdil membolos lubang.
yang lonjong mengalah cita-cita.
yang tempang pemegang tiang.
yang gagap penguji sabar.
yang latah pemecah gelak tawa.

masing-masing ada hala tuju hari-hari.

namun jiwa rasa tak tentu arah.
turut rasa tak merasa. turutkan hati mati.
kerana perbuatan cela. kerana hati mati.

masing-masing keresahan.

kenapa?
*berfikir

mungkin tiada kepuasan.
mungkin tiada ketenangan
mungkin hidup tiada tujuan.
mungkin yang ada yang dicita tak sampai.

tapi,
kata orang.
takkan lari gunung dikejar, hilang kabus,
nampaklah dia.
bukan itu juga macam hidup alam remaja ini.
pasti suatu hari nanti berubah.

tapi,
orang tua pernah berpesan.
sekepal jadi gunung, setitik jadi lautan.
itu yang harus di aplikasi pula dalam hidup.

tapi jiwa mereka kekosongan.
apa yang dicari.
pasti masnya belum tiba.

Friday, March 11, 2011

pemikiran bercabang kumpulan

bak kata orang lama-lama.
orang yang baik susah senang bersama.
naik turun sama-sama.
bila jumpanya dia orang baru.
sama taraf. sama harta pangkat dia dengan kau.
susah mana kau rasa. senang kau mana ada cari yang lama.
kalau cari pun bermuka-muka sahaja.
haihh. memang manusia berubahkan.
tapi ayat itu kau lantunkan dengan panggilan menganjing.
manusia ini kan mana setaraf dengan kau.
yela. aku miskin harta.mungkin juga kau fikir aku berkawan dengan musuh dalam kelambu kau itu.
dari dulu aku dah nampak kau sahaja yang perasan dengan bebayang kau sendiri.
musuh yang kau anggap dalam kelambu itu. tak langsung jentik hati kau.
fikirkanlah kawan 

Thursday, February 17, 2011

aku rindu saat itu.

aku rindukan semua yang jadi.
tapi paling aku rindu masa lampau aku.
perangai yang meracau, gigal semua ada.
tapi bila sampai bab demam. haiihhh.

*senyum.

aku rindukan bila demam aku
dapat tidur bersama ibu.
saat itu, ibu tidurnya tak tenteram.
1 jam sekali mesti bangun tuam seluruh badan aku.
dia juga orang yang bertanggungjawab apabila mulut aku memanggil ibu.
ya! aku ketika kecil bila demam teruk aku akan menyebut ibu sahaja.
ibu juga bertanggungjawab kejut aku setiap jam 3 4 pagi untuk menelan ubat besar gedabak itu.
masa kecil aku takut nak makan ubat pil. 
nampak macam raksasa besar dan pahitnya.


*sengih

aku rindukan bila demam aku.
menjadi teruk panasnya.
ayah akan memakaikan aku baju sejuk.
hidupkan enjin keretanya.
dukung aku masuk dalam kereta
terus meluncur laju memecah kesunyian malam dan sampai ke klinik 24 jam.
pada masa itu aku jumpa tuan doktor.
dia akan menyegarkan aku dengan pemberian gula-gula.
itulah ayah aku.garangnya tak bertempat.
tetapi sanggup ganggu waktu tidurnya untuk aku




ini cerita benar.jujur sumpah lillahi taala. aku rindu situasi di atas. sekarang aku sudah besar dan mengikut norma manusia. aku berjanji dengan Allah s.w.t yang aku akan membalas semua jasa mereka bila mereka menghampiri usia emas. aku sentiasa berdoa untuk mereka dan aku laparkan doa mereka untuk aku.
akan aku balas jasa ibu dan ayah.

Monday, February 14, 2011

ketika ini aku sakit

memang kenyataan semua.
susah nak mengabungkan ideologi manusia sesama manusia.
mungkin cara lain tak sama dengan cara yang itu.
pasti akan ada pencagahan.
semua perilaku pasti ada salah dan betulnya.
terkadang kita senang menerima apa yang disampaikan.
terkadang pula orang susah menerima apa yang kita sampaikan.
memang itu syarat dunia.
orang tak akan puas dengan apa yang kita keluarkan.
jujur aku tak bohong.
keluarga pun tak terkecuali.
rakan sudah bertahun pun tak akan faham.
ada yang mencari perhatian.
ada yang besar.
ada yang berprotokol.
ada yang kurang sabarnya.
ada emosinya tiba-tiba.
ada juga yang orang mahu pandangnya mewah.
senang aku bercakap.
itu semua bohong.semua permainan dunia.
satu pun aku tak percaya lebih dari 70% di alam ini.
ya! memang aku prejudis dan aku kurangnya konsep hidup.
tapi aku ada pegangan hidup. tetapi semuanya anggap sampah.
biasa! orang bongkak dengan dirinya sendiri.
itulah dia.
satu-satunya pengangan aku di campak terus ke tanah dan terus di tanam.
sehingga aku tidak punyai kuasa.
KERANA AKU TIDAK PUNYAI WANG!
itu lagi satu dunia yang kita nampak dekat mata.
ya! aku anak orang sederhana. ayah kerja kerajaan.
sebab itu aku tiada kuasa berkata.



perdulikan apa yang aku prkatakan di atas. aku demam dan aku tak tahu apa aku bebelkan.

Tuesday, February 1, 2011

air dicincang takan putus

mula-mula lain cakapnya.
bawa ke jalan lurus elakkan kepincangan.
bila sudah pandu lain pula cakapnya.
kalau dah depan depan itu khabarkan.
baru org nampak jalan itu terang.
buat apa simpan sampai orang sendiri yang tahu.
takkan aib diri sendiri.
semuanya manusiakan.ada akal dan ada otak kiri dan kanannya.
apa yang ditimbulkan pulisiti yang agak murah itu.
cuba khabarkan biar orang terus terang faham.
ini sindir meyindir kata mengata belakang badan orang.
cubalah jangan jadi anak-anak sangat.
fikir dan selesaikan dengan cara orang matang.
nabi dulu pun muzakarah nak selesaikan masalah.
kan lebih elok bincang. pasti ada penyelesaian.
bukannya buat semua makhluk sekeliling sakit hati dengan sentimen hodoh itu.
mungkin tak perasan perilaku itu menunjukkan identiti diri.
senyum  :)
INI BARU DIKATAKAN AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.

Thursday, January 6, 2011

angan-angan.

selalu aku khabarkan kepadanya
pasti anak perempuan kita macam kau.
tidurnya mahu dibelai, mahu dipinjamkan peha dan dinyanyikan sesuatu.
dan pastinya anak lelaki kita macam aku seperti yang kau ketawakan.
tidurnya mahu terkejut-kejut, mahu di pinjamkan tangan untuk menepuk.
itulah kita bila di dalam ruangan kereta viva.sempit dan sejuk.
aku rindu kau.








*kami tidak melakukan sebarg maksiat. dan kami tidak akan melakukan sebelum kahwin.

Wednesday, January 5, 2011

waraskah manusia lorat

Kata mereka yang lebih tua, 
mata kadang baik melihat, mulut kadang jahat berkata.
Ada juga mereka berkata,
mata kadang jahat, mulut kadang baik.
Memang menjadi warita keadaan masa kini,
apa yang dilihat itu yang diherdikan tanpa mengunakan waras.
Nampak sahaja itu salah ini salah.
Seolah-olah dia betul di dunia.
apa yang terpaksa di harungi memang apa yang seseorang itu akan rasakan.
perjalanan hidup yang kemas di cemari dengan kata-kata jatuh segelintir makhluk kurang waras.
tapi, kenapa? 
manusia yang kurang waras ini tidak suka berdiam?
terlalu mencari  dan suka memberi jawapan tetang apa yang kononnya salah ini.
apa yang mereka cari dalam susunan kehidupan mereka? 
penawar terhadap itu ada di akal fikiran masing-masing.
bukankah lebih senang berdiam dan menutup kain sendiri?




*senyum. 
manusia tidak sempurna