Thursday, March 24, 2011

catatan terakhir

ya. aku memang menulis tanpa ada makna.
mungkin tangapannya salah tentang apa yang didapatnya.
biasalah manusia.
alpa.iri hati.salah sangka. perkara biasa
tapi yang kadang-kadang tak mengerti.
manusia yang tidak boleh kena kritikan membangun.
bukan itu untuk dia.
seperti di atas. tanggapanya cukup salah.
biasalha. aku ini orang yang penuh cacat cela.
kamu semua orang yang hebat-hebat belaka.
memang orang macam aku menulis orang cakap "tak guna"
memang itu firasat aku.
sampai hati ini dah cukup kecik untuk semua manusia.
berkawan dicanai bermacam. bercinta gagal.
takkan ada orang suka dengan aku.
jadi, mungkin tulisan aku yang terakhir untuk laman ini.
sekian  


*yang benar,
orang yang petah berkata kosong yang tiada membawa makna.

Tuesday, March 22, 2011

awangan..

masa aku kecil.
aku selalu termenung.
aku fikir.macamana hendak naik ke awan.
memang ada pelbagai teknologi.
boleh buat orang naik ke awan.
tapi. bila aku besar.
aku dapat rasakan.
manusia memang boleh ke awangan tanpa menggunakan teknologi.
cuba selidik semua di dunia.
pasti ada sesuatu yang boleh bawa manusia ke awangan.

aku selalu termenung juga masa kecil.
macamana ombak itu berjalan.
dalam fikiran aku.
mungkin ada mesin di hujung laut.
sampai bapa aku kata mana ada hujung laut.
tapi bila aku dah besar.
aku juga dapat rasakan.
manusia akan kenal apa itu ombak dunia.
cuba cari jalan macamana ombak itu berjalan dan rasakan.
pasti manusia akan rasa apa itu ombak dunia.

Monday, March 21, 2011

seangkatan

remaja seangkatan kita sekarang.
berbagai rupa. berbagai ragam.
ada mengejar dunia. ada yang tunjuk hebat.
si dia pencinta wanita
si dia pula pembuat wanita kagum dengan plastiknya itu.
ada juga yang konon hebatnya berdasar ganasnya.
semua ada masa kini.
kalau nak hebahkan satu berita pun tak habis.
*senyum

masing-masing dengan peranannya.

yang kerdil membolos lubang.
yang lonjong mengalah cita-cita.
yang tempang pemegang tiang.
yang gagap penguji sabar.
yang latah pemecah gelak tawa.

masing-masing ada hala tuju hari-hari.

namun jiwa rasa tak tentu arah.
turut rasa tak merasa. turutkan hati mati.
kerana perbuatan cela. kerana hati mati.

masing-masing keresahan.

kenapa?
*berfikir

mungkin tiada kepuasan.
mungkin tiada ketenangan
mungkin hidup tiada tujuan.
mungkin yang ada yang dicita tak sampai.

tapi,
kata orang.
takkan lari gunung dikejar, hilang kabus,
nampaklah dia.
bukan itu juga macam hidup alam remaja ini.
pasti suatu hari nanti berubah.

tapi,
orang tua pernah berpesan.
sekepal jadi gunung, setitik jadi lautan.
itu yang harus di aplikasi pula dalam hidup.

tapi jiwa mereka kekosongan.
apa yang dicari.
pasti masnya belum tiba.

Friday, March 11, 2011

pemikiran bercabang kumpulan

bak kata orang lama-lama.
orang yang baik susah senang bersama.
naik turun sama-sama.
bila jumpanya dia orang baru.
sama taraf. sama harta pangkat dia dengan kau.
susah mana kau rasa. senang kau mana ada cari yang lama.
kalau cari pun bermuka-muka sahaja.
haihh. memang manusia berubahkan.
tapi ayat itu kau lantunkan dengan panggilan menganjing.
manusia ini kan mana setaraf dengan kau.
yela. aku miskin harta.mungkin juga kau fikir aku berkawan dengan musuh dalam kelambu kau itu.
dari dulu aku dah nampak kau sahaja yang perasan dengan bebayang kau sendiri.
musuh yang kau anggap dalam kelambu itu. tak langsung jentik hati kau.
fikirkanlah kawan