Wednesday, September 1, 2010

lembut di balas kasar.

si dolah berkawan dengan si kamal sudah lamanya.
mereka berdua terlalu akrab.
sehingga tunggang  1 basikal 2 orang pun takpe.
buat kata orang tua-tua.bagai isi dengan kuku.
si dolah seorang yang rilex bergelak ketawa,
manakala si kamal pula seorang yang GANAS untuk mencari perhatian,
mereka berdua sama-sama sosial.
sama-sama jahat.
mak si dolah dan mak si kamal pula bagai adik dan kakak.
terlalu akrab keluarga mereka.
mereka bersama-sama jalan hidup yang penuh dugaan.
pada satu hari si kamal di marahi keluarganya.
kerana kesalahnya untuk tidak mencari masa depannya.
bagi menyelamatkan dirinya.si kamal yang selalu bersama dollah itu.
langsung tidak berhubung dengan dolah.
si dolah yang tonggong lagi terpingga-pingga.
pada hari yang lain si dolah mendengar cerita dari sahabatnya si pandir.
bunyinya begini 'dollah.mak si kamal tak suke kau ke rumahnya mahupun berkawan dengan kamal
kerana dia berkata kau yang mengajar anak dia tidak mencari masa depan dan bermasalah sosial"
si dollah merasa kecewa kerana selama ini si kamal yang mengajak dia berbuat begitu.
pada masa yang sama nama dolah telah di calarkan lagi dengan hebahan mulut ke mulut masyarakat.
si dolah merasa tertekan lalu menceritakan hal itu kepada sahabatnya.si labu.
setelah mendengarkan cerita si dollah.labu berkata.
dolah pekakkan telinga.kuatkan semangat.senyum selagi boleh.apa yang orang kata.kau hanya
senyum.dan menafikannya.
si dolah yang ceria itu menjadi pendiam.
disebabkan pekara itu mereka berjauhan.


moral of the story.
manusia semua lakukan kesilapan,jangan mudah menunjukkan jari telunjuk ke batang hidung orang lain untuk  meloloskan diri.apabila baik balaslah dengan baik .bukan di campakkan dengan sampah yang berulat.di tambah pulak dengan busuk yang terhidang untuk memanggil-manggil kumpulan lalat untuk sama-sama berkongsi.

*berdasarkan cerita teman aku.
watak-watak hanya rekaan bagi menutup aib.

No comments:

Post a Comment