Thursday, December 23, 2010

sudah berminat dengan subjek konsep dan idea

KONSEP NEGARA MODEN
                Apa yang saya mahukan di negara saya Malaysia? Sekarang ini Malaysia juga merupakan persaing utama dalam bergelar negara moden di mata dunia. Namun, dalam arus pembangunan dan kemajuan, Malaysia juga mempunyai kelemahan atau kekurangan dalam pelbagai aspek. Justeru, sebagai salah seorang rakyat Malaysia saya mengindamkan negara Malaysia yang saya mahukan. Yang pertama, saya menginginkan para pemimpin di Malaysia ini bersikap adil, jujur, sentiasa bersama rakyat dan mengelakkan pengambilan rasuah untuk penyelewengan. Ini kerana sifat yang di tunjukkan oleh para pemimpin negara ini merupakan tunjang kepada pembangunan dan menyerlahkan lagi Malaysia sebagai negara islam yang maju. Selain itu, contoh yang di tunjukkan oleh para pemimpin dapat menjadi contoh kepada rakyat terutamanya golongan belia.
                Yang kedua, saya mahukan negara Malaysia yang mengamalkan kehidupan moden seperti negara-negara maju seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat. Kehidupan moden yang di tekankan disini adalah dengan memantapkan lagi pemikiran rakyat dalam sebuah organisasi masyarakat. Kebanyakkan masyarakat Malaysia  masih ditakuk pemikiran yang lama. Mereka tidak mengamalkan kehidupan seharian yang moden seperti negara-negara yang di rujuk. Bagi saya mereka wajib mengubah cara pemikiran mereka jika hendak mencapai status negara maju.
                 Selain itu, apa yang saya idamkan lagi ialah kerajaan menyediakan dasar ekonomi yang menyeluruh dan tidak membebankan rakyat. Hal ini penting kerana, sebagai sebuah negara kerajaan haruslah menitikberatkan kebajikan rakyat di tahap yang terbaik. Ekonomi merupakan satu elemen yang penting bagi mengukuhkan lagi kestabilan negara di dunia. Malaysia memerlukan satu perubahan radikal dengan segera dalam pendekatan Malaysia supaya pembangunan ekonomi akan terus mantap dan dapat dinikmati oleh rakyat seterusnya membolehkan negara menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Hal ini sudah berlaku di Malaysia apabila perdana menteri Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak memperkenalkan satu kaedah iaitu Program transformasi ekonomi (PTE). Dengan keadaan ekonomi yang agak lembab sekarang, program ini bermanfaat untuk menangkis kelembapan ekonomi sejak kemerosotan ekonomi pada tahun 1997-1998 di Asia Tenggara.

               Selepas menyediakan dasar ekonomi yang utuh. Penyelarasan struktur perkhidmatan pengangkutan awam juga harus di pertingkatkan. Situasi ini telah terbukti di peringkat dunia apabila sistem pengangkutan yang teratur dan selesa dapat membantu menjana kemakmuran ekonomi negara. Ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan rakyat lebih cenderung mengunakan perkhidmatan awam berbanding kenderaan persendirian. Salah satu daripadanya ialah kenaikkan harga minyak dunia. Justeru, semakin ramai rakyat yang keluar bekerja mahukan sistem pengangkutan awam yang tahap bertaraf dunia dan efektif.  Aliran trasit ringan (LRT) menjadi sistem pengangkutan penduduk Kuala Lumpur yang termudah. Tetapi terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada sistem tren itu. Tren tidak sampai pada waktunya dan kesesakan dalam tern pada waktu puncak merupakan masalah yang selalu dilalui rakyat setiap hari. Justeru, kerajaan haruslah mengambil inisiatif menambah lagi bilangan tren di ibukota.
                 Saya juga selalu berimaginasi dengan di Malaysia ini bebas membuat apa yang rakyat mahukan. Bebas yang di maksudkan diatas ialah rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk membuat kerja harian yang tidak bergantung kepada undang-undang selagi mereka tidak melakukan jenayah. Saya peminat bola sepak kebangsaan negara saya Malaysia. Saya selalu berangan untuk menyarung jersi kebangsaan tanpa memerlukan saringan. Saya juga mahukan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang kuat dan di geruni di mata dunia. Pasukan bola sepak ini mempunyai kesemua pemain yang luar biasa seperti kelajuaan mereka berlari dan kekuatan mereka menyepak bola. Yang terakhir sekali saya  mahukan kerajaan memberi setiap satu keluarga di Malaysia ini permainan video seperti sony ‘Playstation  3’ kepada anak-anak mereka. Ini sebagai satu inisiatif supaya anak-anak di negara ini untuk tidak keluar malam dan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah.
               Apa yang saya idamkan ini saya berharap akan menjadi sesuatu yang realiti pada suatu hari nanti. Selepas itu kita akan melihat keadaan Malaysia yang aman makmur, kaya dan kurangnya masalah sosial dalam Malaysia.
                   

*essay pertama

No comments:

Post a Comment