Tuesday, March 22, 2011

awangan..

masa aku kecil.
aku selalu termenung.
aku fikir.macamana hendak naik ke awan.
memang ada pelbagai teknologi.
boleh buat orang naik ke awan.
tapi. bila aku besar.
aku dapat rasakan.
manusia memang boleh ke awangan tanpa menggunakan teknologi.
cuba selidik semua di dunia.
pasti ada sesuatu yang boleh bawa manusia ke awangan.

aku selalu termenung juga masa kecil.
macamana ombak itu berjalan.
dalam fikiran aku.
mungkin ada mesin di hujung laut.
sampai bapa aku kata mana ada hujung laut.
tapi bila aku dah besar.
aku juga dapat rasakan.
manusia akan kenal apa itu ombak dunia.
cuba cari jalan macamana ombak itu berjalan dan rasakan.
pasti manusia akan rasa apa itu ombak dunia.

No comments:

Post a Comment