Friday, April 22, 2011

bila kertas dunia dirmartabatkan.

tersentak dengan kata.
aku terus kata tak sangka.
ada juga manusia yang mengagungkan kertas dunia dalam kalangan aku.
*senyap


haihhhhh.
memang itu salah satu norma hidup kita sekarang.
tapi tak perlu sampai taksubnya begitu.
sampai menghina orang lain.
mungkin lain orang lain cara perjalanan meniti dunianya.
mungkin hidup yang itu senang.
mungkin hidup yang ini susah.
sudah tertulis oleh tuhan itu sahaja rezekinya.
jadi, tak perlulah dihina sebegitu.
mungkin semak nampak dimatanya
apa yang di bawanya berbumbung berempat tayarnya
apa yang bawahan membawa dua roda buruknya
bila hujan... kuyup
matanya cukup semak dengan orang yang dianggap bawahan.
tiada kertas dunia.
yang diterima hanay caci perli yang makan ke dalam.
sampai bernanah darah hitam keluar semuanya kau hina.

*diam

tetapi tak apa.
dunia dan Allah itu memang adil.
sekali kau menghina. sekali kau terima.
mana nak lari sembunyi lagi dengan takdir qada dan qadar.
berapa banyak mengunung pun kertas dunia kau ada.
mati kau bukan ada saku yang boleh bawa bekal kertas itu.
bukan kau cina mati bawak duit bersama.
sedarlah manusia.
kertas dunia tak membawa apa-apa.
tak boleh beli kawan-kawan dan keluarga.
sampai aku pun hairan.
macamana kau ada dekat dunia?

No comments:

Post a Comment