Friday, August 27, 2010

kebudakan hingusan

dalam sebuah bilik yang agak bersepah.
tetapi baginya itu istana yang dia miliki sekarang.
seorang anak yang bernama remaja.
tetapi hanya pada nama sahaja remaja itu.
hakikat sebenarnya dia hanya budak hingusan yang kurang mendapat perhatian.
tidak kira dari sesiapa.
kawan-kawan.
kawan kepada kawan-kawan.
terutama sekali kawan  wanita atau anak gadis dari setiap pelusuk negeri.
dia berasa gah,bangga dan terasa sangatlah kacak di mata kaum hawa.
dia akan berkata,`YEAH!ORANG TENGOK AKU GANAS!
asyik-asyik dia menarik mata anak gadis yang memandang dia dan berkata
`WOW!GANASNYA DIAAA.
tetapi dia tidak sedar di dunia sekarang.
hanya orang berilmu  sahaja yang boleh hidup senang.
di tambah pulak dengan orang yang rajin berusaha walaupun ilmu setakat SMK sahaja.
dia tidak ada kerajinan.dalam kepalanya sudah bemain.
MAK BAPAK AKU BANYAK DUIT!APA ADA HAL.
tetapi dia tidak sedar pula bagaimana tanggapan orang yang memandang dia.
nak rasa hina tak terludah.
nak di caci tidak larat kaki.
terpaksa cakap berlakang-belakang.
bagi kawan-kawan yang terapat sekali dengan dia.
sudah naik bosan dengan perangai macam bagus dia.
nak diikut kepala dia.orang macam pencacai angkat sampah dibuat.
kawan yang terapat seolah mati kutu.
di campakkan parang mak terasa.
di tusuk dengan pisau bapa terasa.
jadi kawan-kawan hanya berdiam diri sahaja.
bersabar hingga hari kiamat.

hai lah budak hingusan.
berubahlah.selagi masa boleh.
umur baru setahun jagung.
fikir tentang terbaik untuk diri ya.
jangan nanti jatuh terjelupuk.
hingusan yang ganas itu menangiss.
masa itu kawan-kawan hanya pandang dan berkata
KESIAN....

*berdasrkan kisah benar kehidupan berkawan

No comments:

Post a Comment