Tuesday, August 17, 2010

tersirat dalam tersurat

jalan yang selalu di susuri semakin semak.
mata yang memerhatikan jalan pun semakin kabur.
kaki yang menjadi tunjang kepada perjalanan semakin lenguh.
apa boleh buat,jiwa dah tua.
tengok sekeliling semuanya tak betul.
sana dan sini penuh dengan masalah.
sebenarnya,
jalan itu tak semak.
dia yang membuat semak.
mata itu tak kabur.
tapi dia yang buat-buat kabur.
kaki itu tak lenguh.
tapi dia yang pemalas.
hanya memikirkan untuk terbaik kepada diri orang lain.
diri sendiri teperosok.
masa depan yang terhidang depan mata.
kaburkan mata.
pergi tolong orang yang ada masa depan.
janganlah berkata.
tak dapat dielakkan,alasan.
takkanlah orang tak paham.
takkanlah dia pun buta tuli.
dulu jalan yang semak itu penuh keceriaan.
bermacam-macam.
sepak teranjang pun ketawa.
hendak dihentak dengan parang dan dilibaskan dengan pisau.
hanya sedekahkan senyuman.
sekarang tidak lagi.
pisau atau parang itu tak dapat menebas semak-semak.
hanya beringat ya sahabat.
kita ada tuhan.sekali-sekala kita kena pergi mengadap dia.
jangan hanya memikirkan dunia sahaja.
perlukan bantuan dia.
tadah tangan,lapangkan dada,sejukkan hati.
mememohon bantuan yang Maha Esa.

*berdasarkan kepada teman ku

No comments:

Post a Comment