Thursday, February 17, 2011

aku rindu saat itu.

aku rindukan semua yang jadi.
tapi paling aku rindu masa lampau aku.
perangai yang meracau, gigal semua ada.
tapi bila sampai bab demam. haiihhh.

*senyum.

aku rindukan bila demam aku
dapat tidur bersama ibu.
saat itu, ibu tidurnya tak tenteram.
1 jam sekali mesti bangun tuam seluruh badan aku.
dia juga orang yang bertanggungjawab apabila mulut aku memanggil ibu.
ya! aku ketika kecil bila demam teruk aku akan menyebut ibu sahaja.
ibu juga bertanggungjawab kejut aku setiap jam 3 4 pagi untuk menelan ubat besar gedabak itu.
masa kecil aku takut nak makan ubat pil. 
nampak macam raksasa besar dan pahitnya.


*sengih

aku rindukan bila demam aku.
menjadi teruk panasnya.
ayah akan memakaikan aku baju sejuk.
hidupkan enjin keretanya.
dukung aku masuk dalam kereta
terus meluncur laju memecah kesunyian malam dan sampai ke klinik 24 jam.
pada masa itu aku jumpa tuan doktor.
dia akan menyegarkan aku dengan pemberian gula-gula.
itulah ayah aku.garangnya tak bertempat.
tetapi sanggup ganggu waktu tidurnya untuk aku




ini cerita benar.jujur sumpah lillahi taala. aku rindu situasi di atas. sekarang aku sudah besar dan mengikut norma manusia. aku berjanji dengan Allah s.w.t yang aku akan membalas semua jasa mereka bila mereka menghampiri usia emas. aku sentiasa berdoa untuk mereka dan aku laparkan doa mereka untuk aku.
akan aku balas jasa ibu dan ayah.

No comments:

Post a Comment