Tuesday, October 12, 2010

buka mata untuk bintang dan hujan dilangit

sebelum hujan. aku pandang bintang. lama aku pandang.
berkelip-kelip, lama lagi lama aku perhati.makin malap.
aku kata dalam hati 'kesiankan bintang tu tak dapat terangkan bumi'
selepas aku lama berada di luar,
tak semata-mata aku terbau hujan dan bunyian katak yang berpesta.
aku kata lagi 'tak gelap pun boleh hujan'
apabila puas langit menangis,reda untuk seketika.
tetapi dia menagis kembali,sang katak mengeluarkan bahasa mereka
aku diam seketika
*diam


sama juga dalam hidup yang sering kita wawarkan
berhati-hati,jangan sangka hidup ceria saja.
satu hari pasti kita akan merasa bagaimana terduduk.
yang terang tak semestinya bahagia
yang gelap itu lagi merbahaya.
bila ada perluang.jangan siakan.
apabila boleh di bawak berbincang.
buangkan ego lenyapkan api panas baran.
dengan itu orang memlih darjat yang teragung untuk kita.
untuk apa tunjuk kemegahan.kekuatan?
hendak orang pandang?
najislah itu semua.
bukankah lagi mulia kita berbahas secara aman dengan tutur kata yang lembut.
ini bukan tempat berperang.
bukan tempat kita mengejar keduniaan.
perkara yang terbaik.ialah satu kemuliaan.
buka mata.tengok jalan.
jadi diri sendiri.bukan cuba tiru orang.
berhati-hati jangan sampai termain jiwa untuk ke jalan itu.
umpama bintang tadi,
kita bukan selalu boleh menerangi orang lain.
biarkan dia berjalan ke laluan yang selagi betul.
jika salah jalannya.senyum dan berkata dengan lembut.
tidak perlu ada kelengkapan senjata berjuta-juta harganya.
jika terlalu semak.fikirkan balik pesanan.
cuba buka mata.


*berdasar pengalaman berkawan

No comments:

Post a Comment